2023 Knowledge Sharing: Passport Photo Business at PEDi

10 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad (9 April 2023) telah berlangsungnya “2023 Knowledge Sharing: Passport Photo Business at PEDi” yang telah dikendalikan oleh Encik Anuar yang merupakan Pengurus PEDi Semenyih. Kelas tersebut diadakan bermula pada pukul 11:00 pagi dan tamat pada pukul 12:30 tengahari. Kelas tersebut wajib dihadiri oleh pengurus dan penolong pengurus PEDi.

Antara intipati kelas tersebut adalah:
1. Peralatan yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan passport
2. Penggunaan aplikasi Canva untuk mengedit gambar
3. Tetapan printer

Pihak PEDi Spaoh mengucapkan ribuan terima kasih atas penganjuran kelas perkhidmatan passport tersebut kerana memberi banyak ilmu baru kepada pengurus dan penolong pengurus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali